Peta Minda
Topik 5 : Pengurusan bilik darjah
Rumusan
Topik 5
iaitu Pengurusan bilik darjah membincangkan tentang perkara yang perlu
diambil kira untuk menguruskan bilik darjah yang sesuai untuk pembelajaran dan
juga bagaimana untuk mengurus tingkah laku pelajar. Topik ini menerangkan
tentang definisi pengurusan bilik darjah , bilik darjah , tugas, kemahiran dan
kemudahan serta empat kemahiran seorang guru yang perlu ada untuk menguruskan
bilik darjah.
Terdapat beberapa aspek yang perlu dititkberatkan untuk menjadikan bilik darjah
sebuah tempat pembelajaran yang berkesan kepada murid dari segi akhlak dan
akademik. Antaranya ilmu pengurusan bilik darjah,kemahiran guru mengurus bilik
darjah serta strategi mengurus bilik darjah.Pertama, seorang guru perlu
mengambilkira persekitaran fizikal,psikosisial dan peraturan rutin bilik
darjah.Untuk menjadikan bilik darjah yang lebih kondusif, berkesan
dan dapat diurus dengan cekap, guru seharusnya mempunyai sifat-sifat
seorang pengurus yang baik seperti tegas, demokratik,
pengasih dan prihatin. Sebagai pengurus yang baik, tugas guru bukan
hanya tertumpu kepada proses pengajaran semata-mata tanpa mengambil kira iklim
dan persekitaran serta masalah-masalah semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku. Tambahan,guru juga perlu mewujudkan persekitaran kelas
yang positif,produktif dan mampu untuk menggalakkan pelajar dalam melibatkan
diri semasa pembelajaran berlaku.
Stategi membawa maksud pelbagai cara untuk mencapai tujuan dan perilaku yang
diambil oleh seseorang yang menggambarkan berbagai tindakan terkait dengan
keadaan (Benoit dan Trigeorgis,2011). Strategi mengurus bilik darjah
terbahagi kepada tiga bahagian iaitu autoritarian,permisif dan demokrasi.
Sebagai contoh dari aspek autoritarian,guru perlulah mempunyai gaya kepimpinan
yang sesuai dengan pelajar di kelas tersebut.
Pengurusan
bilik darjah yang terkawal dan sistematik bukan sahaja memberi proses
pengajaran dan pembelajaran lebih efektif, namun ia juga dapat mengurangkan
tekanan yang dihadapi oleh guru dan pelajar. Pengurusan bilik darjah yang baik
juga membina satu hubungan yang baik diantara guru dan pelajar. Oleh itu, guru
mestilah menggunakan setiap tahap pengurusan bilik darjah yang dirasakan sesuai
sebagai usaha untuk menjadikan murid seronok berada di dalam bilik darjah dan
berjaya menjalani proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Kesimpulannya tujuan pengurusan bilik darjah adalah bagi membentuk dan
memelihara tingkah laku murid yang baik dan dapat menyumbang keada kelancaran
proses penyampaian ilmu demi menghasilkan pengajaran lebih cekap dan berkesan.Perlaksanaan
pendidikan abad ke-21, memberi kesan yang amat positif kerana ia menggalakkan
pelajar-pelajar untuk berinteraksi sesama sendiri dalam menyelesaikan masalah
dan menyelesaikan kerja rumah. Ia juga meringankan beban guru- guru untuk
meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, perlaksanaan
pembelajaran abad ke-21 hendaklah diaplikasikan ke semua sekolah di Malaysia
agar proses pembelajaran di dalam bilik darjah akan menjadi lebih efektif.
Rujukan
1. James Ang
Jit Eng . (2014) . Pengurusan Bilik Darjah. Batu Caves, Selangor.PTS
Akademia.
2. Mohd
Hasani Dali & Mohamad Johdi . (2009). Pengajaran dan Pembelajaran . Pengurusan
Bilik Darjah , 1-2.
3. Haliza Hamzah , Benoit &
Trigeorgis. (2011). (2014). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Shah
Alam, Selangor Oxford Fajar
4. Jamaludin, F., Mohd Nor, M. Y.,
& Mohd Hamzah, M. I. (2018, March 30). Latihan Dalam Perkhidmatan :
Pengurusan Bilik Darjah. Jurnal Wacana Sarjana, 2(1). Retrieved from
http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/78
Rumusan
Topik 5
iaitu Pengurusan bilik darjah membincangkan tentang perkara yang perlu
diambil kira untuk menguruskan bilik darjah yang sesuai untuk pembelajaran dan
juga bagaimana untuk mengurus tingkah laku pelajar. Topik ini menerangkan
tentang definisi pengurusan bilik darjah , bilik darjah , tugas, kemahiran dan
kemudahan serta empat kemahiran seorang guru yang perlu ada untuk menguruskan
bilik darjah.
Terdapat beberapa aspek yang perlu dititkberatkan untuk menjadikan bilik darjah sebuah tempat pembelajaran yang berkesan kepada murid dari segi akhlak dan akademik. Antaranya ilmu pengurusan bilik darjah,kemahiran guru mengurus bilik darjah serta strategi mengurus bilik darjah.Pertama, seorang guru perlu mengambilkira persekitaran fizikal,psikosisial dan peraturan rutin bilik darjah.Untuk menjadikan bilik darjah yang lebih kondusif, berkesan dan dapat diurus dengan cekap, guru seharusnya mempunyai sifat-sifat seorang pengurus yang baik seperti tegas, demokratik, pengasih dan prihatin. Sebagai pengurus yang baik, tugas guru bukan hanya tertumpu kepada proses pengajaran semata-mata tanpa mengambil kira iklim dan persekitaran serta masalah-masalah semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Tambahan,guru juga perlu mewujudkan persekitaran kelas yang positif,produktif dan mampu untuk menggalakkan pelajar dalam melibatkan diri semasa pembelajaran berlaku.
Stategi membawa maksud pelbagai cara untuk mencapai tujuan dan perilaku yang diambil oleh seseorang yang menggambarkan berbagai tindakan terkait dengan keadaan (Benoit dan Trigeorgis,2011). Strategi mengurus bilik darjah terbahagi kepada tiga bahagian iaitu autoritarian,permisif dan demokrasi. Sebagai contoh dari aspek autoritarian,guru perlulah mempunyai gaya kepimpinan yang sesuai dengan pelajar di kelas tersebut.
Pengurusan
bilik darjah yang terkawal dan sistematik bukan sahaja memberi proses
pengajaran dan pembelajaran lebih efektif, namun ia juga dapat mengurangkan
tekanan yang dihadapi oleh guru dan pelajar. Pengurusan bilik darjah yang baik
juga membina satu hubungan yang baik diantara guru dan pelajar. Oleh itu, guru
mestilah menggunakan setiap tahap pengurusan bilik darjah yang dirasakan sesuai
sebagai usaha untuk menjadikan murid seronok berada di dalam bilik darjah dan
berjaya menjalani proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Kesimpulannya tujuan pengurusan bilik darjah adalah bagi membentuk dan memelihara tingkah laku murid yang baik dan dapat menyumbang keada kelancaran proses penyampaian ilmu demi menghasilkan pengajaran lebih cekap dan berkesan.Perlaksanaan pendidikan abad ke-21, memberi kesan yang amat positif kerana ia menggalakkan pelajar-pelajar untuk berinteraksi sesama sendiri dalam menyelesaikan masalah dan menyelesaikan kerja rumah. Ia juga meringankan beban guru- guru untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, perlaksanaan pembelajaran abad ke-21 hendaklah diaplikasikan ke semua sekolah di Malaysia agar proses pembelajaran di dalam bilik darjah akan menjadi lebih efektif.
Rujukan
1. James Ang
Jit Eng . (2014) . Pengurusan Bilik Darjah. Batu Caves, Selangor.PTS
Akademia.
2. Mohd
Hasani Dali & Mohamad Johdi . (2009). Pengajaran dan Pembelajaran . Pengurusan
Bilik Darjah , 1-2.
3. Haliza Hamzah , Benoit &
Trigeorgis. (2011). (2014). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Shah
Alam, Selangor Oxford Fajar
4. Jamaludin, F., Mohd Nor, M. Y.,
& Mohd Hamzah, M. I. (2018, March 30). Latihan Dalam Perkhidmatan :
Pengurusan Bilik Darjah. Jurnal Wacana Sarjana, 2(1). Retrieved from
http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/78

Comments
Post a Comment